Hokage Pertama
Harashima selaku Hokage Pertama
Hashirama Senju (千手柱間, "Senju Hashirama"), atau Shodai Hokage (初代火影) atau "Hokage Pertama" adalah pengasas kepada kampung Konoha, abang kepada Tobirama Senju atau Nidaime atau "Hokage Kedua", datuk kepada Tsunade atau Godaime dan Nawaki.
Harashima amat terkenal dengan kebolehannya untuk menggunakan teknik Mokuton (木遁, "Gaya Lepas Sifat Kayu"), satu kebolehan Kekkei Genkai yang menggabung dua teknik iaitu Doton (土遁, "Gaya Lepas Sifat Tanah") dan Suiton (水遁, "Gaya Lepas Sifat Air") bagi menghasilkan"kayu".
* Nama: Harashima Senju (千手柱間, "Senju Hashirama")
* Gelaran: Shodai Hokage (初代火影, "Hokage Pertama")
* Asal: Konohagakure
* Ahli Keluarga: Senju Tobirama, Tsunade dan Nawaki
* Kebolehan: Mokuton (木遁, "Gaya Lepas Sifat Kayu"), Mengawal Biju
* Teknik: Kokuangyo no Jutsu (Genjutsu: Kegelapan Infiniti), Hokage-shiki Jijun Jutsu - Kakuan Nitten Suishu (火影式耳順術 廓庵入鄽垂手, "Teknik Penekanan Chakra") Mokuton Hijutsu: Jukai Kōtan (木遁秘術・樹界降誕, "Teknik Rahsia Gaya Lepas Sifat Kayu: Penjanaan Semula Hutan")
[sunting] Latar belakang
Harashima sebenarnya adalah ketua kepada Senju Ichizoku (千手一族, "Klan Senju"), yang merupakan sebuah kuasa tentera upahan dan klan ini juga merupakan salah satu di antara dua klan terkuat yang wujud ketika berlakunya Perang Dunia Ninja Pertama; menjadi pesaing utama kepada Uchiha Ichizoku (うちは一族, "Klan Uchiha") yang diketuai oleh Madara Uchiha. Persaingan di antara kedua-dua klan ini sangat hebat sehinggakan apabila sesuatu pihak mengupah klan Senju, maka satu pihak lagi akan mengupah klan Uchiha dan begitulah sebaliknya. Setelah muak terlibat dengan kancah peperangan, klan Senju mengemukakan satu perjanjian damai kepada puak Uchiha. Kedua-dua klan tersebut kemudiannya bersatu menjadi sebuah kuasa ninja terkuat yang tergolong dalam senarai Lima Kuasa Ninja Terbesar dan kesatuan mereka itu digelar Konohagakure.
Logo klan Senju
Tidak berapa lama kemudian, Madara telah meninggalkan Konoha atas alasan perbalahan yang berlaku berkaitan dengan polisi dan perundangan di Konoha. Madara tidak mendapat sokongan daripada klannya sendiri (pada asalnya Madara tidak setuju dengan perjanjian damai tersebut) dan semua ahli klannya menggelar Madara sebagai "raksasa" kerana tindakannya mengambil mata Sharingan milik adiknya sebagai suatu tindakan mementingkan diri. Konflik ini bertambah runcing dan kemudiannya mencetuskan kepada pertarungan di antara Harashima dan Madara yang berlaku di Lembah Penamat, di mana Harashima muncul sebagai pemenang. Untuk memperingati pertarungan tersebut, dua buah tugu gergasi berupa Harashima dan Madara telah dibina berdekatan dengan kawasan air terjun di situ.
Shodaime kemudiannya telah berjaya mengawal beberapa biju yang mana kemudiannya telah diagih-agihkan kepada beberapa perkampungan ninja sebagai tanda perdamaian dan bertujuan untuk mengimbangi kuasa ketenteraan di antara mereka. Ketika Harashima menjadi Hokage, dia telah mengalahkan Kakuzu setelah mendapat arahan daripada Takigakure untuk membunuhnya. Bagaimanapun, peperangan tetap berlangsung, apabila mengenangkan nasib yang bakal menimpa Konoha, Shodaime dan Nidaime pun mula melatih Hiruzen Sarutobi (猿飛ヒルゼン, "Sarutobi Hiruzen") yang bakal menjadi Sandaime (三代目火影, "Hokage Ketiga") kelak. Setelah mengasaskan Konoha, Harashima telah mati ketika terlibat dalam satu pertarungan dan telah menyerahkan jawatan Hokage kepada Tobirama.
[sunting] Personaliti
Harashima mempunyai karekter yang tenang, baik hati, penyayang dan mempunyai rasa kesetiaan yang tinggi. Dia menganggap ke semua penduduk di Konoha sebagai sebahagian daripada dirinya dan legasi dirinya menjadi asas kepada keperibadian semua ninja Konoha. Dia juga digambarkan sebagai seorang yang pintar dan berpandangan jauh, ini digambarkan dengan usahanya untuk melatih Hiruzen. Dia adalah orang pertama yang percaya bahawa semua ninja daun harus menunjukkan kesetiaan kepada satu sama lain dan kage seharusnya bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk menjaga keamanan kampung agar menjadi teladan kepada semua penduduk.
[sunting] Penglibatan
[sunting] Bahagian I: Babak Penaklukan Konoha
Hokage Pertama dan adiknya; Hokage Kedua telah "dihidupkan" semula oleh Orochimaru menggunakan Kuchiyose: Edo Tensei (口寄せ・穢土転生, "Seruan: Teknik Hidup semula") bagi digunakan ketika cuba menangani Hokage Ketiga sewaktu percubaan untuk menakluk Konoha bersama ninja-ninja dari Sunagakure dan Otogakure. Harashima berasa sedih kerana terpaksa berlawan dengan muridnya namun Orochimaru telah menggunakan satu teknik kuncian untuk menghilang memorinya secara paksa. Ketika pertarungan berlangsung, Harashima menunjukkan kerjasama yang erat dengan adiknya; Hokage Kedua dan telah memaksa Hokage Ketiga untuk menyeru Enma untuk membantunya. Hokage Pertama telah menunjukkan kehebatan teknik Mokuton dan taijutsu yang dimiliknya. Kemudiannya, roh dan jiwanya telah dikurung oleh Hokage Ketiga ke dalam perut "Dewa Maut", bersama dengan roh dan jiwa adiknya; Hokage Kedua. Sebelum kesemua roh dan jiwanya disedut masuk ke dalam perut "Dewa Maut", dia telah meminta maaf kepada bekas anak muridnya di atas semua masalah yang telah ditimbulkan.
[sunting] Bahagian II: Babak Sasuke dan Sai
Telah didedahkan bahawa Orochimaru telah melakukan satu eksperimen yang melibatkan DNA Hokage Pertama; di mana dia telah mengimplan DNA tersebut ke dalam badan 60 orang subjek ujian. Orochimaru cuba menguasai teknik istimewa Hokage Pertama iaitu Mokuton dan juga kebolehannya untuk mengawal biju. Proses ini kemudiannya menghasilkan Tenzo (kemudiannya diberikan nama samaran Yamato). Akan tetapi, Orochimaru telah kehilangan rekod ujian tersebut dan tidak mengetahui bahawa seorang daripada subjek-subjek ujian tersebut telah terselamat.
[sunting] Keupayaan
Hashirama telah dinobatkan oleh Madara dan beberapa ninja Jounin dari Konoha sebagai seorang ninja terhebat ketika zamannya (walaupun bukan yang terhebat di dalam sejarah). Setiap ninja Konoha dan termasuklah Madara dan klannya sangat menghormati Hokage Pertama (ini adalah kerana hanya Madara dan klannya mampu menandingi kehebatan Hokage Pertama).
Kehebatannya terbukti apabila dia berjaya menewaskan Madara dan juga Kyubi (yang berada di bawah pengaruh Madara ketika itu) dalam beberapa siri pertarungan. Ini dianggap sangat menakjubkan kerana Madara merupakan pengguna Eternal Mangekyou Sharingan, sejenis bentuk sempurna Mangekyou Shraingan. Hanya dengan dapat menewaskan Kyubi sahaja sudah cukup memadai digelar seorang ninja "hebat" kerana Hokage Keempat telah terkorban ketika cuba menewaskan Kyubi. Bagaimanapun, sebenarnya kebolehan Hokage Pertama menggunakan mokuton membolehkannya mengawal Kyubi sebagaimana Madara namun bukan dari segi mengalahkannya. Hokage Pertama juga pernah menewaskan Kakuzu suatu ketika dahulu. Ketika mayatnya diseru oleh Orochimaru untuk digunakan bagi melawan Hokage Ketiga, dia telah menunjukkan skil di dalam ke semua aspek tempur bagi ninja. Sebagai contoh, dia mampu menggunakan taijutsu sekuat Hokage Ketiga (Hokage Ketiga adalah pakar taijutsu) dan dia juga mampu menggunakan genjutsu yang kuat sehinggakan tidak mampu dielakkan oleh Hokage Ketiga (Hokage Ketiga juga adalah pakar genjutsu). Imbasan kembali ketika pertarungannya dengan Madara menunjukkan dia juga mampu menggunakan teknik seruan dan pengguna senjata yang hebat; mampu menyeru pelbagai senjata menggunakan skrol.
Hokage Pertama terkenal kerana kebolehan menggabungkan teknik doton (tanah) dan teknik suiton (air) bagi menghasilkan perubahan baru yang dinamakan mokuton bagi menghasilkan "kayu". Hokage Pertama menukarkan chakranya kepada "sumber nyawa" dan membolehkannya mencipta pokok yang mampu tumbuh dengan kadar saiz yang besar, memanipulasikannya kepada pelbagai bentuk dan menggunakannya ketika bertempur. Ada yang mengatakan bahawa kebolehannya tersebut telah digunakan untuk mencipta landskap dan asas kepada pembentukan kampung Konoha. Kebolehan tersebut nyata suatu yang unik kepada dirinya kerana adiknya; Hokage Kedua dan cucunya; Tsunade tidak memiliki kebolehan yang sama walaupun mempunyai kebolehan memanipulasikan chakra pada peringkat yang tinggi.
Hanya Yamato, satu-satunya bahan "eksperimen" yang terselamat memiliki kebolehan unik ini setelah disatukan dengan gen Hokage Pertama dalam satu ujikaji yang dilakukan oleh Orochimaru. Yamato menyatakan bahawa penggunaan teknik tersebut hanya pada tahap sederhana jika dibandingkan dengan kebolehan asal Hokage Pertama. Bagaimanapun, Yamato dilihat mampu menggunakan teknik asas air dan tanah dengan baik sekali. Keupayaan Hokage Pertama yang sangat dikagumi oleh Orochimaru adalah keupayaannya mengawal kuasa nyawa dan kuasa semulajadi di persekitarannya. Melalui kebolehan ini, ia membolehkan Hokage Pertama mempengaruhi makhluk yang dicipta daripada kuasa semulajadi seperti biju dengan mengawal dan menekan kuasa chakra biju-biju tersebut. Menurut Madara, suautu ketika dahulu Hokage Pertama memiliki beberapa biju di bawah kawalannya yang mana kemudiannya diserahkan kepada beberapa kampung ninja besar untuk mengimbangi kuasa di antara mereka. Kebolehan dan kuasa mengawal biju ini ditingkatkan lagi dengan bantuan oleh sebentuk rantai yang diperbuat daripada kristal yang mengandungi chakra, namun bagaimana ia berfungsi tidak diketahui.
Hokage Pertama juga diketahui mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan skrol dan diketahui menggunakan banyak jutsu-jutsu yang mana ia mungkin telah dikongsikan kepada Hokage Ketiga.
[sunting] Trivia
* Rantai yang asalnya dipakai oleh Tsunade kemudian diberikan kepada Naruto, sebenarnya milik asal Hokage Pertama.
* Walaupun diketahui Hokage Pertama memiliki kebolehan dalam penggunaan teknik mokuton, tetapi dia lebih banyak dan suka menggunakan teknik taijutsu ketika bertarung dengan Hokage Ketiga.
* Dikatakan bahawa kebolehan Hokage Pertama untuk mengawal biju adalah diinspirasikan oleh kebolehan Madara untuk mengawal Kyubi di mana ia dianggap sebagai penyekat kepada kebolehan Madara tersebut
sumber:linknaruto.blogspot.com
Reply
Posting Komentar
Silahkan Tinggalkan Komentar Anda Disini, Komentar Anda Sangat Berarti Bagi Kami. Jangan Lupa Memakai Sopan Santun :D
Blogger Widgets